Platform Swiss Markets Forex MT4 dilengkapi dengan pelbagai pilihan analisis teknikal dan alat pencartaan bagi memenuhi keperluan mana-mana pedagang yang ingin berdagang dalam pasaran kewangan. Menampilkan lebih daripada 250 aset termasuk pasangan forex, logam, tenaga, indeks dan ekuiti; platform Swiss Markets MT4 tersedia untuk semua pengguna OS Mac, boleh dimuat turun secara terus ke komputer anda dengan beberapa langkah mudah.
Sila ikut langkah-langkah di bawah untuk memasang Platform Swiss Markets Forex MT4 pada Mac anda:
1. Klik “Muat Turun” sekarang untuk memulakan muat turun.
MUAT TURUN SWISS MARKETS MT4 UNTUK MAC
Perhatian: Saiz fail pemasangan adalah kira-kira 310 MB dan mungkin mengambil masa beberapa minit untuk selesai. Sila tunggu sehingga muat turun selesai.
2. Ekstrak kandungan fail zip dengan mengetik padanya dua kali.
3. Sekiranya sistem pengendalian Mac anda ialah OS X Mountain Lion atau OS X Lion, sila klik kanan pada ikon aplikasi, kemudian pilih Buka daripada menu kontekstual. Jangan klik dua kali pada fail dinyahzip kerana “ralat” akan dipaparkan kerana fail tidak dimuat turun daripada Mac App Store.
4. Klik “Buka” dalam tetingkap dialog yang baru apabila diprom dan tunggu sehingga Platform Swiss Markets Forex MT4 dibuka.
5. Log masuk ke akaun dagangan MT4 anda menggunakan kod log masuk yang boleh didapati di papan pemuka akaun Swiss Markets anda dan kata laluan peribadi anda.
*Sila ambil perhatian bahawa perisian ini menggunakan Wine dan WineBottler yang merupakan perisian sumber terbuka dan percuma yang dikeluarkan di bawah lesen LGPLv2.1+.
Call Me Back