Jenis Akaun

Jenis Akaun

Di Swiss Markets, kami menawarkan dua jenis akaun berbeza iaitu STP Classic dan STP Raw, masing-masing mematuhi model pemprosesan yang terperinci.

QuickTabs - Account Types

Jenis Akaun

Tukaran asing merupakan kelas aset demokratik pertama yang sebenar. Sebagai sebuah pasaran yang tidak berpusat, ia merupakan instrumen terbaik untuk dagangan menerusi Internet. Terima kasih kepada inovasi CFD (kontrak untuk perbezaan) yang membolehkan matawang untuk didagangkan tanpa tarikh penghantaran, dagangan forex runcit kini semakin mendapat tempat di seluruh dunia. Forex didagangkan 24 jam sehari, 5 hari seminggu dengan setiap tempoh 24 jam yang dibahagikan kepada tiga sesi dagangan berikutan terdapat tiga pusat dagangan berbeza di seluruh dunia yang dibuka untuk perniagaan. Pasaran forex global merupakan pasaran yang paling besar dan paling cair di dunia, dengan pulangan harian yang melebihi jumlah $5 trilion di samping peluang dagangan yang cukup untuk semua pedagang yang menyertai dagangan dalam setiap sesi Asia, Eropah dan Amerika Utara.

MAKLUMAT

Logam Berharga

Sementara dagangan forex merupakan salah satu daripada bentuk dagangan terbaru dan paling inovatif. Dagangan logam berharga mungkin merupakan sebuah bentuk dagangan yang telah wujud sejak sekian lamanya. Disebabkan oleh kekurangan serta kesukarannya untuk diperolehi, logam berharga sentiasa dianggap sebagai penyimpan nilai. Malah sehingga kini, dalam kehidupan kita yang sentiasa terhubung, dengan kemajuan teknologi sedia ada, emas dan perak masih dianggap sebagai komoditi paling berharga dan juga aset simpanan selamat. Wang biasanya mengalir kepada logam berharga walaupun ketika terdapat kecenderungan ekonomi untuk mengalami kemelesetan. Sebagai contoh, emas mempunyai pertalian yang negatif dengan nilai Dolar AS disebabkan oleh pelabur yang biasanya menjual dolar untuk membeli emas ketika berlakunya ketidakstabilan pasaran. Perak pula mempunyai pertalian yang positif dengan emas, yang biasanya akan menyalin pergerakan emas, namun begitu penggunaan perak dalam industri menjadikan harganya lebih bergantung kepada penawaran dan permintaan berbanding sifat emas.

Tenaga

Tenaga seperti minyak mentah dan gas asli adalah sangat penting terhadap ekonomi global kerana tanpa tenaga ini, demokrasi perindustrian dalam kehidupan moden kita pada hari ini mungkin sukar dicapai. Semua perkara yang kita gunakan, bermula daripada makanan yang kita makan sehinggalah kepada peranti yang kita gunakan, semuanya memerlukan tenaga dalam proses pengeluaran, pembungkusan dan pengedaran. Pedagang tenaga dapat memperoleh maklumat dalaman yang khusus mengenai kesihatan ekonomi global kerana harga komoditi ini mempunyai pertalian langsung dengan kedinamikan rantaian bekalan yang mempengaruhi hampir semua aset lain. Sebagai contoh, ketika berlakunya kelembapan ekonomi, permintaan minyak mentah menurun dan bekalan saham meningkat. Pedagang tenaga turut perlu mempersiapkan diri dalam bidang geopolitik kerana perubahan persefahaman antara negara sering kali mempunyai pertalian langsung dengan ketersediaan komoditi yang paling penting ini.

Komoditi

Komoditi dapat dibahagikan kepada dua jenis secara meluas; komoditi keras dan komoditi lembut. Komoditi lembut, yang turut dikenali sebagai komoditi pertanian (atau lembut), biasanya diperolehi melalui penuaian daripada permukaan tanah seperti koko, kopi, kapas dan gula. Komoditi keras merupakan komoditi yang diperoleh melalui pengekstrakan dari dalam tanah, seperti tembaga, logam berharga dan minyak mentah. Untuk sesuatu komoditi itu dapat didagangkan, ia perlu mempunyai suatu kualiti yang standard, yang turut dikenali sebagai gred asas. Itulah sebabnya mengapa komoditi daripada pengeluar yang berlainan boleh ditukarkan apabila dagangan dilakukan melalui pasaran saham.

Indeks saham

Indeks saham merupakan pengukur prestasi agregat bagi pasaran saham atau sektor industri tertentu. Sebagai contoh, S&P 500 terdiri daripada saham oleh 500 syarikat yang didagangkan di pasaran saham NASDAQ dan NYSE. Begitu juga dengan NASDAQ-100 yang menjejak sekuriti yang dikeluarkan oleh 100 syarikat bukan kewangan terbesar yang disenaraikan di NASDAQ. Indeks saham tidak boleh dibeli pada cara yang sama dengan sekuriti yang terkandung di dalamnya. Kenaikan dan penurunan harganya adalah bergantung pada prestasi terkumpul oleh semua syarikat awam yang termasuk di dalam pengiraannya dan ia didagangkan oleh pelabur menerusi penggunaan instrumen terbitan seperti CFD.

Call Me Back

Fields marked with an * are required